SENARAI SUMBANGAN
0
15 Mac 2025
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan Sunshine : Sumbangan Baucer Tunai RM100 Kepada Anak-Anak Wisma Yatim Islam Pulau Pinang yang diketuai Oleh YBhg. Dato' Seri (Dr) Abdul Rafique Karim, Pengarah Sunshine Amanjaya Sdn Bhd bersama Ms Cynthia Hwang, CEO Crimson Omega Sdn Bhd dan Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd.
7 Mac 2025
Majlis Penyampaian Sumbangan Wang tunai, mesin basuh dan barang-barang keperluan dari Emerix Malaysia Sdn. Bhd. kepada Wisma Yatim Perempuan dan Wisma Yatim Lelaki pada 7 Mac 2025 bertempat di Dewan Wisma Yatim Lelaki, 173 Jalan Air Itam, Pulau Pinang.
20 Februari 2025
Petronas LNG Marketing & Trading menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM3,000.00, 2 buah Mesin Basuh, 25 set cadar tilam single dan pelbagai barangan keperluan untuk kegunaan anak-anak di Wisma Yatim Perempuan ini.
27 Oktober 2024
Program Student CSR Exploration (ScoRe) TNB Prime Scholarship Ambilan Ogos 22/23, Yayasan Tenaga Nasional. Antara aktiviti yang dijalankan bersama penghuni wisma yatim ialah "Pixel Polish" dan "Race Car"
30 Julai 2024
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Wisma Yatim Perempuan, gotong-royong memasak makan tengah hari, Makan bertalam bersama anak-anak yatim pulau pinang dan aktiviti sukaneka telah diadakan.
25 Julai 2024
Aktiviti Rekriasi di Bertam Waterpark bersama-sama Anak-anak yatim lelaki dan perempuan serta Pegawai-pegawai Wisma Yatim Islam Pulau Pinang. Sumbangan tiket masuk ditaja oleh Encik Hafiz dari Jelutong.
29 Mac 2024
TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim di Wisma Yatim Lelaki anjuran YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd. Yussof Latiff.
23 Mac 2024
Majlis berbuka puasa Sinar Ramadhan oleh Kumpulan Sunway telah diadakan di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang sempena menyambut lawatan YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.