SENARAI AKTIVITI
0
7 Mac 2025
Majlis Penyampaian Sumbangan Wang tunai, mesin basuh dan barang-barang keperluan dari Emerix Malaysia Sdn. Bhd. kepada Wisma Yatim Perempuan dan Wisma Yatim Lelaki pada 7 Mac 2025 bertempat di Dewan Wisma Yatim Lelaki, 173 Jalan Air Itam, Pulau Pinang.
20 Februari 2025
Petronas LNG Marketing & Trading menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM3,000.00, 2 buah Mesin Basuh, 25 set cadar tilam single dan pelbagai barangan keperluan untuk kegunaan anak-anak di Wisma Yatim Perempuan ini.
27 Oktober 2024
Program Student CSR Exploration (ScoRe) TNB Prime Scholarship Ambilan Ogos 22/23, Yayasan Tenaga Nasional. Antara aktiviti yang dijalankan bersama penghuni wisma yatim ialah "Pixel Polish" dan "Race Car"
20 September 2024
Program Pimpinan Ke Arah Pelajar Sihat dan Cemerlang anjuran Jabatan Sains Bioperubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM) bersama anak-anak Wisma Yatim Islam Pulau Pinang di Dewan Besar Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang.
19 September 2024
Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Tayangan filem bertajuk 'Sheriff' ditayangkan untuk tontonan anak-anak Wisma Yatim Islam Pulau Pinang.
13 September 2024
Program kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang bersama anak-anak yatim dari Wisma Yatim Perempuan Islam dan Wisma Yatim Lelaki Islam.
7 September 2024
Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 diadakan di Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak, Pulau Pinang. Aktiviti nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara, dan bacaan Doa Selamat, serta aktiviti Zumba. Persembahan pertujukan disampaikan oleh anggota Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Jalan Perak, Pulau Pinang.
30 Ogos 2024
Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-67 anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) telah diadakan di Bangunan PEMENANG. Majlis dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PEMENANG dan anak-anak yatim dari Wisma Yatim Islam Lelaki & Perempuan Islam Pulau Pinang
24 Ogos 2024
Jaulah Merdeka Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024M/1446H sempena sambutan ulang tahun hari kebangsaan ke-67