Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-67 anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) telah diadakan di Bangunan PEMENANG. Majlis dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PEMENANG dan anak-anak yatim dari Wisma Yatim Islam Lelaki & Perempuan Islam Pulau Pinang
TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim di Wisma Yatim Lelaki anjuran YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd. Yussof Latiff.
Majlis berbuka puasa Sinar Ramadhan oleh Kumpulan Sunway telah diadakan di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang sempena menyambut lawatan YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.