- Maklumat Aktiviti
Majlis berbuka puasa Sinar Ramadhan oleh Kumpulan Sunway telah diadakan di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang sempena menyambut lawatan YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Majlis anjuran bersama KPWKM melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Kumpulan Sunway turut dihadiri oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim, Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusuff, KSU KPWKM, YBhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Mohd. Yusoff Latiff, YDP Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang (PKAYIPP), YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN dan Pengurusan Tertinggi KPWKM.
Sunway Sinar Ramadan 2024 adalah program tanggungjawab korporat di mana pelakon yang juga Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia (MAF) Datuk Aaron Aziz turut dijemput memeriahkan majlis. Program Sunway Sinar Ramadan 2024 sudah dijalankan di Johor, Perak serta Pulau Pinang dan akan diteruskan ke Terengganu dan Selangor.

- Gambar Aktiviti
- Video Aktiviti