- Maklumat Aktiviti
Majlis Jaulah Merdeka 5.0 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024M/1446H sempena sambutan ulang tahun hari kebangsaan ke-67
Program ini dalah anjuran Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Program ini disertai oleh 241 peserta dari pelbagai agensi. Konvoi bermula dari Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas , dan meneruskan perjalanan ke Kompleks Darul Hanan, Pongsu Seribu, serta Wisma Anak Yatim Lelaki Pulau Pinang.
Pada jam 11:00 pagi, taklimat disampaikan oleh Yang Dipertua PKAYIPP, YBhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff. Upacara penyerahan Jalur Gemilang dan penyampaian sumbangan turut berlangsung.
Majlis penutupan diadakan di Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung serta disempurnakan perasmian penutup oleh YBhg. Tuan Haji Marzuki bin Hassan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

- Gambar Aktiviti
- Video Aktiviti